Membaca Jambatan Ilmu

Rabu, 2 November 2011

BM 2 > Panduan Membina Ayat

Panduan Menjawab
  1. Baca arahan soalan dengan teliti.
  2. Garisi kata kunci yang terdapat pada arahan.
  3. Lihat gambar dengan teliti.
  4. Perhatikan dan catatkan aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang berkaitan dalam gambar yang diberi.
  5. Tulis ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti tersebut.
  6. Baca dan semak semula ayat-ayat yang ditulis.
  7. Betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat jika ada.
Jawapan Contoh
Contoh ayat-ayat yang lemah ( 1m-4m )
  1. Saya dan keluarga bergotong-royong.
  2. Ibu sedang menyapu sampah.
  3. Ayah sedang menghiris rumput.
  4. Abang sedang mengecat.
  5. Kakak membuat makanan yang sedap.
Contoh ayat-ayat yang sederhana ( 5m-7m )
  1. Saya dan keluarga sedang bergotong-royong.
  2. Ibu sedang menyapu daun-daun dengan penyapu.
  3. Ayah sedang menyabit rumput dengan sabit.
  4. Abang saya sedang mengecat dinding.
  5. Kakak menghidangkan makanan.
Contoh ayat-ayat yang baik ( 8m-10m )
  1. Saya dan keluarga saya sedang bergotong-royong membersihkan halaman rumah pada hari Ahad.
  2. Ibu sedang menyapu daun-daun kering dengan penyapu.
  3. Ayah sedang menyabit rumput yang panjang dengan sebilah sabit.
  4. Abang saya berdiri di atas kerusi sambil mengecat dinding.
  5. Kakak menghidangkan makanan dan minuman di atas meja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan