Membaca Jambatan Ilmu

Rabu, 16 November 2011

BM 2 > Contoh Karangan Temu Ramah / Dailog

 Kejayaan Amira
Amira  : Selamat pagi, Ainnur. Silakan duduk.

Ainnur : Terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari kerana telah terpilih sebagai murid cemerlang.

Amira  : Terima kasih. Saya berasa bersyukur atas kejayaan saya ini. Apakah tujuan awak datang ke sini?

Ainnur : Tujuan saya datang ke sini adalah untuk menemu ramah saudari.

Amira  : Boleh, apa salahnya.

Ainnur : Siapakah yang banyak mendorong saudari untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik?

Amira  : Guru-guru dan ibu bapa yang banyak mendorong saya mencapai kejayaan ini.

Ainnur : Bagaimanakah saudari boleh terpilih sebagai murid cemerlang?

Amira  : Saya tidak pasti tetapi mungkin kerana saya selalu mendapat keputusan yang baik dalam ujian dan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR. Selain itu saya banyak mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan. Di samping itu juga, saya tidak pernah terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.

Ainnur : Apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan yang ingin berjaya dalam pelajaran?

Amira  : Nasihat saya kepada rakan-rakan supaya mendengar nasihat guru dan ibu bapa serta menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

Ainnur : Terima kasih atas kesudian saudari untuk ditemu ramah.

Amira  : Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan