Membaca Jambatan Ilmu

Khamis, 10 November 2011

BM 2 > Contoh Karangan Laporan

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun  

           Pada 30 Oktober 2011, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Simpang Jalong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan terlibat dalam rombongan tersebut termasuk 3 orang guru pengiring.

           Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar.

          Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 10.00 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang itu.

           Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna hijau. Mereka juga memakai sarung tangan ketika bekerja. Ramai juga pelajar yang menyoal mereka untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan mereka melayan pertanyaan para pelajar itu dengan baik walaupun sedang bekerja.    
    
             Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pambungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, kami diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang itu.

              Para Peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampai cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mereka mendapat banyak pengetahuan dan melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,                                                                                               31 Oktober 2011
                                                                                          
..................................................
(Chin Chee Wan)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan