Membaca Jambatan Ilmu

Isnin, 19 Disember 2011

Pendidikan Kini Memberi Tumpuan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Peranan guru begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru merupakan insan di mana murid-murid menjadikan role model dalam menimba ilmu.
Untuk merealisasikan hasrat FPK, peranan guru amatlah penting.Aspek kepimpinan guru perlu diambil perhatian. Guru perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.Guru juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum dan disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.Guru yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar warga sekolah sentiasa selangkah ke hadapan, dengan itu sentiasa bersedia terhadap sesuatu perubahan.Guru pembentuk iklim sekolah. Iklim sekolah yang terbuka memberi ruang dan peluang murid melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan. Suasana adil, mesra, demokratik dan liberal memberi rangsangan yang baik ke arah dedikasi, gembira dan sempurna.Guru pencetus aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu . Guru yang baik tidak mengabaikan aspek  ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, guru juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat. Perlu ditegaskan lagi, peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK.  Guru bertanggungjawab melahirkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Ahad, 18 Disember 2011

Peranan Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Peranan guru begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru merupakan insan di mana murid-murid menjadikan role model dalam menimba ilmu. Untuk merealisasikan hasrat FPK, peranan guru amatlah penting. Aspek kepimpinan guru perlu diambil perhatian. Guru perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.Guru juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum dan disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.Guru yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar warga sekolah sentiasa selangkah ke hadapan, dengan itu sentiasa bersedia terhadap sesuatu perubahan.Guru pembentuk iklim sekolah. Iklim sekolah yang terbuka memberi ruang dan peluang murid melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan. Suasana adil, mesra, demokratik dan liberal memberi rangsangan yang baik ke arah dedikasi, gembira dan sempurna.Guru pencetus aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu . Guru yang baik tidak mengabaikan aspek  ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, guru juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat. Perlu ditegaskan lagi, peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK.  Guru bertanggungjawab melahirkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Sabtu, 17 Disember 2011

Lawatan Sambil Belajar > Ipoh

Ladang Jagung - Guru Besar dan guru pengiring

Ladang Jagung - Murid
Ladang Jagung - Rakan sejawat dengan saya




Kedai Pizza Domino - Murid membuat pizza sendiri

Kedai Pizza Domino - Sarapan murid

Balai Bomba - Semua murid dan guru


Balai Bomba - Kereta bomba dengan saya



Balai Bomba - Guru Besar dan guru pengiring

Kilang Kayu - Guru Besar dengan saya
Kilang Kayu - Rakan sejawat dengan saya
Kilang Kayu - Murid membuat kraftangan

Jumaat, 16 Disember 2011

Refleksi Makropengajaran



Selepas 30 minit makropengajaran yang saya jalani, saya mendapati kebanyakan murid dapat menguasai pembelajaran. Saya telah menyediakan aktiviti yang menarik untuk meningkatkan minat pembelajaran murid. Di samping itu, saya juga memberi penerangan dan  contoh-contoh yang jelas serta mengikut turutan untuk meningkatkan kefahaman murid tentang topik yang diajar. Hanya beberapa orang murid tidak dapat menguasai. Murid ini akan mendapat aktiviti pengayaan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran ini untuk memastikan semua murid dapat menguasai topik hari ini. Murid yang belum menguasai topik ini dapat didapati apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Antara 10 soalan latihan membundarkan nombor yang diberi oleh guru, mempunyai dua jawapan soalan yang salah. Selain itu, apabila proses pengajaran dan pengajaran dijalankan, maklum balas daripada murid amat baik dan tepat, terutamanya dalam sesi menyoal. Murid juga menjawab beramai-ramai, ini menunjukkan kebanyakan mereka sudah menguasai pembelajaran topik ini. Maka, objektif pembelajaran topik ini tercapai selepas sesi makropengajaran ini dijalankan.
            Murid saya melibatkan diri dalam proses makropengajaran saya secara aktif. Ini dapat dilihat dalam dua situasi. Situasi pertama ialah murid memberi maklum balas yang tinggi dan baik semasa guru menjalankan sesi soal jawab di sepanjang proses makropengajaran sama ada set induksi, aktiviti ataupun penutup. Murid suka menjawab beramai-ramai ataupun mengangkat tangan beramai-ramai untuk hendak menjawab soalan. Situasi kedua ialah murid suka melibatkan diri dalam aktiviti. Murid telah menunjukkan aktif mereka semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Mereka suka melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan, sama ada membincangkan jawapan ataupun menulis jawapan. Apabila set induksi dijalankan, murid sudah berebut-rebut untuk menyertai aktiviti kecil. Seterusnya aktiviti pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran, murid juga aktif menjalankan aktiviti kumpulan. Akhirnya sesi penutup, murid berasa seronok menerima lembaran kerja, ini juga kelakuan aktif dalam pembelajaran.
Saya telah menjalankan sesi makropengajaran ini mengikut rancangan pengajaran harian makropengajaran yang saya sediakan sebelum itu dengan sepenuhnya.  Rancangan pengajaran harian makropengajaran saya disediakan mengikut tahap murid, pembelajaran susulan dan masa yang ada. Saya telah menjalankan proses makropengajaran saya mengikut ketepatan masa yang telah ditetapkan supaya proses makropengajaran dijalankan dengan lancar dan berkesan. Saya juga menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut turutan agar proses makropengajaran lebih bersistematik dan berkesan. Saya bermula dengan set induksi yang berkaitan dengan topik baru, seterusnya dengan contoh-contoh dan penjelasan yang mengikut turutan dan susulan, akhirnya dengan penutup yang membuat rumusan dan mengedarkan lembaran kerja sebagai pengayaan. ini dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap topik tersebut. Di samping itu, objektif pembelajaran juga dapat dicapaikan.
Selepas saya menyediakan rancangan pengajaran harian makropengajaran, saya telah berjumpa dengan ketua panitia matematik sekolah saya untuk mendapat pandangan dan bantuan. Kami bertukar pandangan supaya dapat menyediakan sebuah makropengajaran yang lebih berkesan dan dapat pertingkatkan pelajaran. Selain daripada itu, saya juga telah melayari internet untuk mencari maklumat yang berguna dan dapat membantu saya dalam makropengajaran saya. Saya juga telah menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik bagi melaksanakan makropengajaran. Selain itu, saya menyediakan lembaran kerja yang sesuai untuk murid supaya murid dapat mengukuhkan kemahiran yang baru belajar. Saya juga mendapat bantuan daripada rakan sejawat untuk membantu saya merakam proses makropengajaran saya.
Jika saya mempunyai peluang yang kedua untuk mengajar pelajaran ini sekali untuk kumpulan murid yang sama, saya akan membuat perubahan dalam sesi aktiviti kumpulan. Aktiviti kumpulan yang dirancang hanya untuk  5 kumpulan. Satu kumpulan melibatkan 7 orang murid tetapi hanya 2 soalan untuk 1 kumpulan. Ini telah menyebabkan terdapat banyak murid tidak berpeluang menjawab soalan.  Kalau saya berpeluang membuat perubahan bagi makropengajaran saya, saya akan membahagikan murid dalam 17 kumpulan, satu kumpulan hanya ada dua orang murid dan akan mendapat satu soalan. Maka, dua orang murid itu bolehlah membuat perbincangan tentang soalan tersebut. Di samping itu, saya juga akan mempanjangkan masa makropengajaran saya kerana masa untuk aktiviti kumpulan telah dipanjangkan. Dengan ini, semua murid pasti dapat melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.

Khamis, 15 Disember 2011

Refleksi Mikropengajaran


Kekuatan
Salah satu kelebihan dan kekuatan saya yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan mikropengajaran ialah aktiviti set induksi yang saya rancang amat sesuai dengan tahap murid tahun 1 dan topik baru yang akan diajar . Di samping itu, aktiviti set induksi saya juga dapat menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran. Aktiviti set induksi saya yang menarik itu dapat menimbulkan minat murid terhadap tajuk yang hendak disampaikan. Sejajar dengan itu, aktiviti set induksi ini dapat membantu murid membuat ulang kaji tentang topik yang lepas sebelum saya memasuki topik baru yang hendak diajar dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid juga memperolehi gambaran awal sebelum dimulakan pengajaran tajuk baru serta pemusatan mental murid kepada satu konsep atau pendekatan yang hendak dikemukakan oleh guru.
Kekuatan lain yang dapat dikenalpasti ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam set induksi. Saya dapat menjalankan set induksi dalam masa yang ditetapkan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya dijalankan dengan lancar, baik dan berkesan, jika tidak pembaziran masa akan berlaku dan isi kandungan tidak dapat diselesaikan serta proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan terjejas.

Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan saya dalam proses mikropengajaran ialah saya tidak berkeyakinan. Ini mungkin kerana saya tidak biasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya dalam rakaman. Ini adalah pengalaman pertama bagi saya. Ini juga menyebabkan saya tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi seperti ini. Saya juga menghadapi tekanan, takut melakukan kesilapan kerana proses mikropengajaran ini akan dihantar dan disemak oleh pensyarah, maka saya tidak boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran saya seperti biasa. Saya menghadapi sedikit kelam kabut walaupun proses aktiviti set induksi telah saya ingati. Saya mendapati saya sangat mudah dipengaruhi oleh sekeliling semasa pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, kelemahan lain ialah suara saya tidak cukup ketegasan dan kelantangan. Perasaan cemas juga menyebabkan suara saya tidak cukup lantang. Ini telah mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran saya. Murid mudah terpengaruhi gangguan-gangguan lain. Murid hanya tertarik dengan aktiviti set induksi tetapi tidak memberi perhatian ketika saya memberi penjelasan. Hal ini demikian kerana suara saya tidak cukup ketegasan.

Langkah Mengatasi
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam proses mikropengajaran saya memerlukan langkah mengatasi untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Berdasarkan kelemahan tidak berkeyakinan diri saya, saya akan mendapat bantuan daripada rakan sejawat dan meminta mereka menyatakan kesilapan dan kekurangan saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya saya dapat membuat pembetulan dan mengambil tindakan susulan. Saya mendapati sikap tidak yakin pada diri akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran saya serta mempengaruhi pembelajaran murid. Saya juga akan meneliti rakaman yang saya rakam itu dan mencari kelemahan saya lalu menambahbaikan. Apabila kekurangan pengajaran saya diatasi dan kekuatan saya dikekalkan, saya percaya saya dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkeyakinan diri.
Berikuti dengan ketegasan dan kelantangan suara saya. Saya akan menggunakan suara yang lantang apabila memberi penjelasan dan arahan supaya murid dapat mendengar serta dapat membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Dengan ketegasan suara, murid dapat memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.

Khamis, 8 Disember 2011

BM 2 > Latihan Menulis Nilai Murni

Bahagian C
( Masa yang dicadangkan : 20 minit )( 20 markah )
Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
 
Di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri yang sombong iaitu Pak Abu dan Mak Busu. Mereka tidak mahu bercampur dengan masyarakat kampung yang lain. Oleh itu, merekatelah dipulaukan oleh masyarakat kampung tersebut.Pada suatu hari , Pak Abu jatuh sakit. Mak Busu memanggil bomoh untuk merawatsuaminya, tetapi bomoh tersebut enggan datang ke rumahnya. Kemudian, Mak Busu pergi kerumah pawang pula untuk meminta pertolongan tetapi hampa juga.Akhirnya Mak Busu pergi ke rumah ketua kampung. Dia menceritakan apa yang terjadikepada suaminya. Ketua kampung segera memberikan bantuan dan menasihati Mak Busu supayatidak lagi bersikap sombong. Hidup dalam sesebuah kampung hendaklah seperti aur dengan tebing.

Selasa, 6 Disember 2011

BM 2 > Latihan Menulis Karangan

Bahagian B
( Masa dicadangkan : 40 minit )( 30 markah )
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurangdaripada 80 patah perkataan. 
 
1. Kamu dan rakan-rakan kamu sedang berbual-bual tentang gotong-royong yang telahdijalankan di sekolah kamu.Tuliskan perbualan itu selengkapnya. 
 
ATAU
 
2. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kebaikan Menabung”.
 
ATAU
 
3. Setiap orang mempunyai pengalaman pahit dan manis dalam hidupnya.Ceritakan pengalaman manis kamu itu.

Jumaat, 2 Disember 2011

Lagu "Tanya Sama Pokok"

BM 2 > 17 Nilai Murni

Baik Hati
Berdikari
Hemah Tinggi
Hormat-menghormati
Kasih Sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan fizikal dan mental
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
Kesyukuran
Rasional
Semangat bermasyarakat
Patriotisme


Pecahan-pecahan Nilai Murni ini

Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran:

Menolong orang - Bertanggungjawab
Menghulurkan bantuan - Prihatin
Menderma, menyumbang - Toleransi
Memberi hadiah - Penyayang
Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang
Memberi hadiah - Pemurah
Membantu - Baik hati
Berkongsi - Berhemah tinggi
Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin
Membuat jadual belajar - Gigih
Mengulang kali - Keazaman
Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh
Mengembalikan - Jujur
Memulangkan - Tulus
Menyerahkan - Amanah
Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas
Meminjamkan - Rela hati
Tidak berkira - Bertolak-ansur
Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat
Mengagihkan tugasan - Adil/saksama
Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana
Bertindak - Bestari
Mencari penyelesaian - Rasional
Menjadi rujukan - Matang
Bertindak demi kebaikan - Berani
Basuh baju/ kasut - Berdikari
Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara
Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik
Membawa bekal ke sekolah - Jimat-cermat
Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan
Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam
Membantu orang lain - Bekerjasama
Mengikut arahan guru - Taat
Mematuhi peraturan - Akur
Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin
Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal
Tidak mudah kecewa - Tabah
Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar
Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa
Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa
Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa
Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji
Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha
Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi
Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri
Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan
ikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan
Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran
Pengiktirafan - Penghargaan
Berterima kasih - Menghargai
Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan