Membaca Jambatan Ilmu

Ahad, 6 November 2011

BM 2 > Cara Menjawab BahagianC( Nilai Murni )


Sebelum Menjawab

  1. Baca dan fahami arahan soalan.
  2. Fahami kata kunci yang diberi sama ada meminta menulis tentang nilai murni, amalan baik,pengajaran atau seumpamanya.
  3. Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.
  4. Baca petikan atau puisi yang diberi sekali lagi secara ayat demi ayat dan gariskan perkataan, frasa / rangkaikata yang mempunyai nilai-nilai murni, pengajaran atau sebagainya mengikut arahan soalan.
  5. Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai itu kepada positif. ( Contoh: bangun lewat - bangun awal / malas ke sekolah - rajin ke sekolah)

Semasa Menjawab

  1. Berpandukan nilai-nilai murni/pengajaran yang telah dicatat, tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.
  2. Pengajaran/nilai murni yang ditulis hendaklah disertai contoh-contoh dalam petikan.
  3. Hanya contoh yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.
  4. Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja. 
  5. Elakkan / jangan menyalin semula nilai murni/pengajaran atau petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.

Selepas Menjawab

  1. Baca semula keseluruhan jawapan dan semak 5 aspek kesalahan bahasa dari segi perbendaharaan kata, struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca. 
  2. Pastikan tiada idea / isi yang tertinggal.
  3. Lima idea/isi/nilai murni/pengajaran mesti dikemukaan.
  4. Baiki tulisan/perkataan yang tidak jelas.


Cara menulis.
Kita perlu ……………………..(huraian/contoh). Seterusnya, kita juga hendaklah…………………………..(huraian/contoh)……………… Di samping itu, kita wajib……………… (huraian/contoh)……………….. Selain itu, kita perlulah……………… ..(huraian/contoh)………………………… Akhirnya, kita……………….(huraian/contoh)……………………… .. Kita janganlah……………………… (sekiranya perlu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan