Membaca Jambatan Ilmu

Isnin, 7 November 2011

BM 1 > Cara Menjawab Bahagian Pemahaman


Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat dengan petikan yang disediakan. Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan petikan ialah:

  1.  Baca dan faham-Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas itu barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan.  
  2. Cari pembayang jawapan-Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut.  
  3. Penyesuaian-Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan jawapan diberikan.  
  4. Memilih-Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak soalan.

Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan tersebut ialah:

  • Tidak membaca arahan untuk setiap soalan. 
  • Menjawab soalan dengan tergesa-gesa. 
  • Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan. 
  • Membuang masa dengan soalan yang susah. 
  • Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan. 
  • Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan. 
  • Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan