Membaca Jambatan Ilmu

Ahad, 18 Disember 2011

Peranan Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Peranan guru begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru merupakan insan di mana murid-murid menjadikan role model dalam menimba ilmu. Untuk merealisasikan hasrat FPK, peranan guru amatlah penting. Aspek kepimpinan guru perlu diambil perhatian. Guru perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.Guru juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum dan disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.Guru yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar warga sekolah sentiasa selangkah ke hadapan, dengan itu sentiasa bersedia terhadap sesuatu perubahan.Guru pembentuk iklim sekolah. Iklim sekolah yang terbuka memberi ruang dan peluang murid melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan. Suasana adil, mesra, demokratik dan liberal memberi rangsangan yang baik ke arah dedikasi, gembira dan sempurna.Guru pencetus aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu . Guru yang baik tidak mengabaikan aspek  ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, guru juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat. Perlu ditegaskan lagi, peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK.  Guru bertanggungjawab melahirkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan