Membaca Jambatan Ilmu

Jumaat, 16 Disember 2011

Refleksi Makropengajaran



Selepas 30 minit makropengajaran yang saya jalani, saya mendapati kebanyakan murid dapat menguasai pembelajaran. Saya telah menyediakan aktiviti yang menarik untuk meningkatkan minat pembelajaran murid. Di samping itu, saya juga memberi penerangan dan  contoh-contoh yang jelas serta mengikut turutan untuk meningkatkan kefahaman murid tentang topik yang diajar. Hanya beberapa orang murid tidak dapat menguasai. Murid ini akan mendapat aktiviti pengayaan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran ini untuk memastikan semua murid dapat menguasai topik hari ini. Murid yang belum menguasai topik ini dapat didapati apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Antara 10 soalan latihan membundarkan nombor yang diberi oleh guru, mempunyai dua jawapan soalan yang salah. Selain itu, apabila proses pengajaran dan pengajaran dijalankan, maklum balas daripada murid amat baik dan tepat, terutamanya dalam sesi menyoal. Murid juga menjawab beramai-ramai, ini menunjukkan kebanyakan mereka sudah menguasai pembelajaran topik ini. Maka, objektif pembelajaran topik ini tercapai selepas sesi makropengajaran ini dijalankan.
            Murid saya melibatkan diri dalam proses makropengajaran saya secara aktif. Ini dapat dilihat dalam dua situasi. Situasi pertama ialah murid memberi maklum balas yang tinggi dan baik semasa guru menjalankan sesi soal jawab di sepanjang proses makropengajaran sama ada set induksi, aktiviti ataupun penutup. Murid suka menjawab beramai-ramai ataupun mengangkat tangan beramai-ramai untuk hendak menjawab soalan. Situasi kedua ialah murid suka melibatkan diri dalam aktiviti. Murid telah menunjukkan aktif mereka semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Mereka suka melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan, sama ada membincangkan jawapan ataupun menulis jawapan. Apabila set induksi dijalankan, murid sudah berebut-rebut untuk menyertai aktiviti kecil. Seterusnya aktiviti pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran, murid juga aktif menjalankan aktiviti kumpulan. Akhirnya sesi penutup, murid berasa seronok menerima lembaran kerja, ini juga kelakuan aktif dalam pembelajaran.
Saya telah menjalankan sesi makropengajaran ini mengikut rancangan pengajaran harian makropengajaran yang saya sediakan sebelum itu dengan sepenuhnya.  Rancangan pengajaran harian makropengajaran saya disediakan mengikut tahap murid, pembelajaran susulan dan masa yang ada. Saya telah menjalankan proses makropengajaran saya mengikut ketepatan masa yang telah ditetapkan supaya proses makropengajaran dijalankan dengan lancar dan berkesan. Saya juga menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut turutan agar proses makropengajaran lebih bersistematik dan berkesan. Saya bermula dengan set induksi yang berkaitan dengan topik baru, seterusnya dengan contoh-contoh dan penjelasan yang mengikut turutan dan susulan, akhirnya dengan penutup yang membuat rumusan dan mengedarkan lembaran kerja sebagai pengayaan. ini dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap topik tersebut. Di samping itu, objektif pembelajaran juga dapat dicapaikan.
Selepas saya menyediakan rancangan pengajaran harian makropengajaran, saya telah berjumpa dengan ketua panitia matematik sekolah saya untuk mendapat pandangan dan bantuan. Kami bertukar pandangan supaya dapat menyediakan sebuah makropengajaran yang lebih berkesan dan dapat pertingkatkan pelajaran. Selain daripada itu, saya juga telah melayari internet untuk mencari maklumat yang berguna dan dapat membantu saya dalam makropengajaran saya. Saya juga telah menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik bagi melaksanakan makropengajaran. Selain itu, saya menyediakan lembaran kerja yang sesuai untuk murid supaya murid dapat mengukuhkan kemahiran yang baru belajar. Saya juga mendapat bantuan daripada rakan sejawat untuk membantu saya merakam proses makropengajaran saya.
Jika saya mempunyai peluang yang kedua untuk mengajar pelajaran ini sekali untuk kumpulan murid yang sama, saya akan membuat perubahan dalam sesi aktiviti kumpulan. Aktiviti kumpulan yang dirancang hanya untuk  5 kumpulan. Satu kumpulan melibatkan 7 orang murid tetapi hanya 2 soalan untuk 1 kumpulan. Ini telah menyebabkan terdapat banyak murid tidak berpeluang menjawab soalan.  Kalau saya berpeluang membuat perubahan bagi makropengajaran saya, saya akan membahagikan murid dalam 17 kumpulan, satu kumpulan hanya ada dua orang murid dan akan mendapat satu soalan. Maka, dua orang murid itu bolehlah membuat perbincangan tentang soalan tersebut. Di samping itu, saya juga akan mempanjangkan masa makropengajaran saya kerana masa untuk aktiviti kumpulan telah dipanjangkan. Dengan ini, semua murid pasti dapat melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan