Membaca Jambatan Ilmu

Khamis, 15 Disember 2011

Refleksi Mikropengajaran


Kekuatan
Salah satu kelebihan dan kekuatan saya yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan mikropengajaran ialah aktiviti set induksi yang saya rancang amat sesuai dengan tahap murid tahun 1 dan topik baru yang akan diajar . Di samping itu, aktiviti set induksi saya juga dapat menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran. Aktiviti set induksi saya yang menarik itu dapat menimbulkan minat murid terhadap tajuk yang hendak disampaikan. Sejajar dengan itu, aktiviti set induksi ini dapat membantu murid membuat ulang kaji tentang topik yang lepas sebelum saya memasuki topik baru yang hendak diajar dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid juga memperolehi gambaran awal sebelum dimulakan pengajaran tajuk baru serta pemusatan mental murid kepada satu konsep atau pendekatan yang hendak dikemukakan oleh guru.
Kekuatan lain yang dapat dikenalpasti ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam set induksi. Saya dapat menjalankan set induksi dalam masa yang ditetapkan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya dijalankan dengan lancar, baik dan berkesan, jika tidak pembaziran masa akan berlaku dan isi kandungan tidak dapat diselesaikan serta proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan terjejas.

Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan saya dalam proses mikropengajaran ialah saya tidak berkeyakinan. Ini mungkin kerana saya tidak biasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya dalam rakaman. Ini adalah pengalaman pertama bagi saya. Ini juga menyebabkan saya tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi seperti ini. Saya juga menghadapi tekanan, takut melakukan kesilapan kerana proses mikropengajaran ini akan dihantar dan disemak oleh pensyarah, maka saya tidak boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran saya seperti biasa. Saya menghadapi sedikit kelam kabut walaupun proses aktiviti set induksi telah saya ingati. Saya mendapati saya sangat mudah dipengaruhi oleh sekeliling semasa pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, kelemahan lain ialah suara saya tidak cukup ketegasan dan kelantangan. Perasaan cemas juga menyebabkan suara saya tidak cukup lantang. Ini telah mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran saya. Murid mudah terpengaruhi gangguan-gangguan lain. Murid hanya tertarik dengan aktiviti set induksi tetapi tidak memberi perhatian ketika saya memberi penjelasan. Hal ini demikian kerana suara saya tidak cukup ketegasan.

Langkah Mengatasi
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam proses mikropengajaran saya memerlukan langkah mengatasi untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Berdasarkan kelemahan tidak berkeyakinan diri saya, saya akan mendapat bantuan daripada rakan sejawat dan meminta mereka menyatakan kesilapan dan kekurangan saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya saya dapat membuat pembetulan dan mengambil tindakan susulan. Saya mendapati sikap tidak yakin pada diri akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran saya serta mempengaruhi pembelajaran murid. Saya juga akan meneliti rakaman yang saya rakam itu dan mencari kelemahan saya lalu menambahbaikan. Apabila kekurangan pengajaran saya diatasi dan kekuatan saya dikekalkan, saya percaya saya dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkeyakinan diri.
Berikuti dengan ketegasan dan kelantangan suara saya. Saya akan menggunakan suara yang lantang apabila memberi penjelasan dan arahan supaya murid dapat mendengar serta dapat membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Dengan ketegasan suara, murid dapat memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan