Membaca Jambatan Ilmu

Khamis, 8 Disember 2011

BM 2 > Latihan Menulis Nilai Murni

Bahagian C
( Masa yang dicadangkan : 20 minit )( 20 markah )
Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
 
Di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri yang sombong iaitu Pak Abu dan Mak Busu. Mereka tidak mahu bercampur dengan masyarakat kampung yang lain. Oleh itu, merekatelah dipulaukan oleh masyarakat kampung tersebut.Pada suatu hari , Pak Abu jatuh sakit. Mak Busu memanggil bomoh untuk merawatsuaminya, tetapi bomoh tersebut enggan datang ke rumahnya. Kemudian, Mak Busu pergi kerumah pawang pula untuk meminta pertolongan tetapi hampa juga.Akhirnya Mak Busu pergi ke rumah ketua kampung. Dia menceritakan apa yang terjadikepada suaminya. Ketua kampung segera memberikan bantuan dan menasihati Mak Busu supayatidak lagi bersikap sombong. Hidup dalam sesebuah kampung hendaklah seperti aur dengan tebing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan