Sebelum Menjawab
- Baca dan fahami arahan soalan.
- Fahami kata kunci yang diberi sama ada meminta menulis tentang nilai murni, amalan baik,pengajaran atau seumpamanya.
- Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.
- Baca petikan atau puisi yang diberi sekali lagi secara ayat demi ayat dan gariskan perkataan, frasa / rangkaikata yang mempunyai nilai-nilai murni, pengajaran atau sebagainya mengikut arahan soalan.
- Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai itu kepada positif. ( Contoh: bangun lewat - bangun awal / malas ke sekolah - rajin ke sekolah)
Semasa Menjawab
- Berpandukan nilai-nilai murni/pengajaran yang telah dicatat, tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.
- Pengajaran/nilai murni yang ditulis hendaklah disertai contoh-contoh dalam petikan.
- Hanya contoh yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.
- Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja.
- Elakkan / jangan menyalin semula nilai murni/pengajaran atau petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.
Selepas Menjawab
- Baca semula keseluruhan jawapan dan semak 5 aspek kesalahan bahasa dari segi perbendaharaan kata, struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca.
- Pastikan tiada idea / isi yang tertinggal.
- Lima idea/isi/nilai murni/pengajaran mesti dikemukaan.
- Baiki tulisan/perkataan yang tidak jelas.
Cara menulis.
Kita perlu ……………………..(huraian/contoh). Seterusnya, kita juga hendaklah…………………………..(huraian/contoh)……………… Di samping itu, kita wajib……………… (huraian/contoh)……………….. Selain itu, kita perlulah……………… ..(huraian/contoh)………………………… Akhirnya, kita……………….(huraian/contoh)……………………… .. Kita janganlah……………………… (sekiranya perlu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan