Kata Hubung
1. | Kata hubung ialah kata yang menghubungkan dua atau lebih kata, frasa, klausa, atau ayat. | |
2. | Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: | |
a. | kata hubng gabungan | |
b. | kata hubung pancangan | |
c. | kata hubung berpasangan | |
3. | Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat majmuk gabungan. Contohnya: atau, dan, kecuali, lalu, maka, serta | |
4. | Kata hubung pancangan ialah kata yang digunakan untuk memancangkan satu klausa dengan klausa yang lain untuk membantuk ayat pancangan. Contohnya: agar, supaya, bahawa, hingga, jika, kalau, kerana, manakala, sebelum | |
5 | Kata hubung berpasangan pula ialah kata yang hadir berpasangan dalam bentuk ayat majmuk. Contohnya: baik…mahupun, entah…entah, jangankan…pun, sungguhpun…namun, makin…makin |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan