1. | Kata Kerja Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan. | |
2. | Perbuatan dilakukan oleh manusia, binatang, atau benda. | |
3. | Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu: | |
(a) | kata kerja transitif | |
(b) | kata kerja tak transitif | |
4. | Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat. | |
Contoh : Kakak membasuh baju. | ||
“Membasuh” ialah kata kerja transitif manakala “baju” pula ialah objek bagi kata kerja “membasuh”. “…membasuh baju.” merupakan predikat bagi ayat tersebut. | ||
5. | Kata kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua, iaitu: | |
(a) | kata kerja transitif dalam ayat aktif Contoh : Puan Minah membuka pintu bilik. | |
(b) | kata kerja transitif dalam ayat pasif. Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah. | |
6. | Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya. | |
7. | Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat ayat. Contoh: Kumar berenang.. | |
“Berenang” ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepasnya. | ||
8. | Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu | |
(a) | kata kerja tak transitif tanpa pelengkap Contoh : Ibu saya masih tidur. | |
(b) | kata kerja tak transitif berpelengkap Contoh : Kami tinggal di Seremban |
Hai, Kawan-Kawan! (^_^) Selamat Datang Ke Blog Saya. Marilah Kita Berkongsi Pengalaman Dan Pendapat Di Sini. Saya Berharap Agar Blog Saya Ini Dapat Membawa Hiburan Dan Keberkesanan Dalam P&P Kita.
Membaca Jambatan Ilmu
Ahad, 13 November 2011
BM 1 > Kata Kerja
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan